Ikan Kembung Murah Di Paya Terubong - Berita Semasa | mStar

Ikan Kembung Murah Di Paya Terubong

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 7:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ikan kembung hitam/hijau dijual murah iaitu pada harga RM3.20 sekilogram di Bukit Gelugor, Paya Terubong, Pulau Pinang pada Jumaat.

Berbeza dengan harga di pasar raya Queensbay, ikan sama dijual pada harga RM14.90 sekilogram.

Di Bukit Lancang, orang ramai boleh mendapatkan ikan tenggiri batang pada harga RM8.00 sekilogram di pasar raya besar Mydin.

Harga itu lebih murah jika dibandingkan dengan jualan di di pasar raya di Bayan Baru iaitu RM35.99 sekilogram.

Manakala bagi ikan cencaru pula boleh didapati pada harga serendah RM2.00 sekilogram di Teluk Kemang, Negeri Sembilan jika dibezakan dengan harga di Nilai iaitu RM8.99 sekilogram.

Makanan kering seperti bawang besar merah (India) dijual murah di Pasaraya Billion Baling, Kedah iaitu pada harga RM0.99 sekilogram berbanding di Kuah Langkawi yang dijual pada RM1.90 sekilogram.

Selain itu, ayam bersih standard dijual serendah RM5.69 di Kuala Pahang, Pahang manakala di Kuantan ayam sama dijual pada harga RM7.69 sekilogram.

Perbandingan harga bagi setiap barangan basah dan kering boleh dibuat di laman web, http://www.1pengguna.com/ supaya pengguna mendapat barangan pada harga yang lebih rendah.




Tags / Kata Kunci: Paya Terubong , Pahang , Kuantan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan