Esscom Kenal Pasti Kumpulan Culik Dua Wanita Di Semporna

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 5:41 PM

Mohammad Mentek

Mohammad Mentek.

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kumpulan penculik yang melarikan dua wanita termasuk seorang pelancong warga China dari sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas, dipercayai turut terbabit dalam insiden penculikan di Pulau Pom-Pom dan Pulau Sipadan.

Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek berkata, seorang daripada penculik itu dipercayai terbabit dalam kes di Pulau Pom-Pom pada tahun lepas manakala bakinya terlibat dengan kes penculikan di Pulau Sipadan pada 2000.

"Kumpulan penculikan untuk wang tebusan ini dipercayai aktif dan agresif di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan, di sini Jumaat.

Menurut Mohammad, pihaknya juga yakin kedua-dua wanita terbabit sudah dibawa ke selatan Filipina dan Esscom sudah mengenal pasti lokasi yang mungkin dijadikan tempat mereka disembunyikan.  

Kedua-duanya juga dipercayai berada dalam keadaan baik, katanya.

Mohammad berkata, pihak Esscom juga tidak menolak kemungkinan penglibatan rakyat tempatan yang berasal dari Filipina yang memberi maklumat kepada anggota kumpulan penculik tersebut.

Pada Khamis, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilapor oleh media sebagai berkata, seorang wanita warga China dan seorang pekerja resort rakyat Filipina diculik dari Singamata Adventures Reef and Resort oleh sekumpulan tujuh lelaki bersenjata, dalam kejadian pukul 10.30 malam Rabu.

Wanita warga China itu yang juga seorang pelajar dikenal pasti sebagai Gao Hua Yua, 29, dari Shanghai manakala pekerja resort pula dikenali sebagai Marcy Dayawan atau Mimi, 40.

Resort di atas air dengan 60 bilik yang beroperasi sejak lebih 10 tahun lepas itu berkedudukan kira-kira dua batu nautika dari pekan Semporna.

Mohammad juga berkata pada 26 Mac lepas, pasukan keselamatan Esscom mengesan lima bot cuba memasuki perairan Semporna, dipercayai untuk melakukan penculikan namun berjaya dipintas oleh pasukan keselamatan.

Sementara itu, Mohammad berkata, 15 pekerja asing di Singgahmata Adventures Reef and Resort ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau yang mahu perkara itu disiasat oleh pihak berkaitan turut berkata tindakan tegas akan diambil terhadap majikan dan pengusaha resort yang didapati menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah. 

"Di sebalik peringatan berulang kali yang diberi termasuk semasa pertemuan dengan pengusaha resort atau pusat pelancongan Sabah baru-baru ini, masih ramai yang enggan mematuhinya. Jadi kita tidak akan berkompromi dalam hal ini lagi," katanya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan