Tiada Rancangan Tukar Cuti Hujung Minggu Sedia Ada - MB Johor

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 2:56 PM

Mohamed Khaled meninjau gerai pameran selepas melancarkan MAHA 2014 peringkat negeri Johor di Batu Pahat pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin menafikan kerajaan negeri itu akan mengubah cuti hujung minggu sedia ada iaitu pada Jumaat dan Sabtu ke hari Sabtu dan Ahad semula.

Ketika ditanya mengenai entri yang tersebar di laman media sosial baru-baru ini mengenai kerajaan negeri itu mungkin menukar cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu yang berkuatkuasa pada 1 Januari tahun ini, Mohamed Khaled berkata, 'tidak ada perkara seperti itu'.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Pertanian, Hortikultur dan Agro-pelancongan Malaysia (MAHA) 2014 peringkat negeri Johor di Dataran Penggaram di sini Jumaat.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu pada November tahun lalu yang dikuatkuasakan terhadap semua jabatan dan agensi kerajaan tetapi sebagai pilihan kepada sektor swasta.

Pertukaran itu dibuat bagi memudahkan umat Islam di Negeri Johor untuk menunaikan ibadah Solat Jumaat.



iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan