Rafizi Tekad Jatuhkan Papagomo

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 2:12 PM

Papagomo (kiri) dan Rafizi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli akan berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Papagomo dengan mendedahkan identitinya dan kemudian membuat laporan polis dan menfailkan saman terhadap blogger Umno kontroversi itu.

Identiti Papagomo sebelum ini yang menjadi misteri telah terbukti apabila nama Wan Muhammad Azri Wan Deris terdapat dalam soalan bertulis yang dikemukakan kepada Kementerian Pertahanan oleh Ahli Parlimen Pandan itu di Parlimen pada Rabu.

"Di Parlimen, Menteri Pertahanan mengesahkan bahawa orang yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 bersama-sama dengan petugas media," kata Rafizi, Khamis.

"Maklumat ini juga telah tersebar secara meluas dalam talian, termasuklah di dalam Umno blog sendiri mengenai Papagomo yang telah secara bongkaknya memasuki kapal Scorpene," katanya.

Rafizi menjelaskan bahawa implikasi daripada dapatan beliau itu juga akan dapat membuatkan Wan Muhammad Azri terperangkap dalam kes sumpah bohong.

"Ketika memberikan testimoni dalam saman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibawa terhadap Papagomo, Wan Muhammad Azri berkata di mahkamah bahawa dia tidak pernah berada dalam kapal selam Scorpene.

"Jawapan oleh Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan sumpah," katanya.

Rafizi dan Ahli Parlimen Padang Serai akan membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi terhadap Wan Muhammad Azmi kerana melakukan sumpah bohong, kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada 8 April.

Rafizi juga akan memfailkan saman sivil terhadap Wan Muhammad Deris kerana memfitnah beliau dengan mendakwa Rafizi dipecat oleh Petronas keranan membuat tuntutan palsu apabila beliau meninggalkan syarikat minyak dan gas negara pada tahun 2009.

Pada Februari, Anwar menang RM850,000 saman terhadap Wan Muhammad Azri berhubung 'posting' fitnah di blog.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop dalam penghakimannya juga mendapati Wan Muhammad Azri juga orang yang sama dengan Papagomo .

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan