Najib Tiba Di Australia Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 8:02 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kiri) bersalaman dengan Konsol Jeneral Malaysia di Perth, Hafizah Abdullah (kanan) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini kira-kira 11.00 malam Rabu.-fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PERTH: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini pada 11 malam Rabu untuk lawatan kerja dua hari ke Australia, termasuk bagi melihat sendiri operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di luar bandar raya barat Australia ini, setelah ia dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut menyertai delegasi Najib ialah Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Tan Sri Rodzali Daud.

Ketibaan beliau disambut oleh Penasihat di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia Datuk Zainal Abidin Ahmad dan para pegawai Malaysia.

Terdahulu, Zainal Abidin memberitahu media Malaysia di sini bahawa Najib dijadual bertemu Perdana Menteri Australia Tony Abbott mengenai usaha mencari Penerbangan MH370 yang hilang itu, selepas melawat pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce.

Mereka akan membincangkan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pelaburan, perdagangan, pertahanan, pendidikan serta isu serantau.

Kedua-dua pemimpin dijadual mengadakan sidang akhbar bersama selepas pertemuan itu, kata Zainal Abidin.

Najib dan delegasinya akan berlepas ke Vietnam untuk lawatan rasmi tiga hari pada petang Khamis.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi membabitkan pelbagai negara itu dikerah mencari MH370 bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum dilakukan di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan yang meliputi dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.

Analisis terbaharu data satelit syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) mengesan kedudukan terakhir MH370 di tengah-tengah Lautan Hindi.

Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa pesawat Boeing 777-200ER itu "berakhir di selatan Lautan Hindi".
Tags / Kata Kunci: Perth , MH370 , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan