Muhyiddin Gesa Pelbagaikan Bakat Dan Kebolehan Pegawai Perkhidmatan Awam

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 3:15 PM

Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin beramah mesra dengan sebahagian penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Kementerian Pendidikan di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang, Khamis. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penambahbaikan sektor perkhidmatan awam akan melonjakkan Malaysia memasuki kelompok negara maju dan bersaing dalam era Bakat Terbuka. 

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata penekanan perlu diberikan untuk melahirkan pegawai yang mempunyai pelbagai kemahiran.

"Pengurusan bakat perlu dilihat dan diteliti menerusi perspektif yang berbeza serta kemampuan untuk menyumbang kepada keberhasilan yang negara perlukan.

"Kita bukan sahaja perlu sentiasa mengasah, bahkan mempelbagaikan bakat dan kebolehan seiring dengan transformasi Perkhidmatan Awam. Kini sektor awam perlu menjadi lebih dinamik, fleksibel dan pantas dalam memenuhi perubahan senario global," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Kementerian Pendidikan di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini Khamis.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad.

Dalam pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan langkah penambahbaikan 81 skim perkhidmatan bagi memantapkan kerjaya penjawat awam termasuk kenaikan taraf skim perkhidmatan, penggabungan skim perkhidmatan dan mewujudkan skim perkhidmatan bersepadu. 

Sementara itu, Muhyiddin menyeru semua warga kementerian bersama-sama berusaha memberikan perkhidmatan cemerlang dan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi menjayakan agenda pendidikan negara bagi melahirkan modal insan berkualiti yang bakal mewarisi kesejahteraan dan kemajuan negara. 

"Pelbagai pelan tindakan dan langkah telah dirancang dan disusun bagi memastikan visi dan aspirasi PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) dan PSPTN (Pelan Strategik Tinggi Negara) dapat direalisasikan," katanya. 

Muhyiddin berkata kementerian sedang mempergiatkan pelbagai program transformasi sistem pendidikan secara holistik untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berkualiti. 

Beliau berkata transformasi pendidikan secara holisitik yang dilaksanakan di bawah PPPM 2013-2025 dan PSPTN 2007-2020 bermula seawal pendidikan prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat mampu melahirkan modal insan untuk negara dan pasaran dunia.

"Segala cabaran dan halangan perlu kita tangani dengan bijaksana untuk melakukan perubahan, keazaman yang amat tinggi diperlukan demi menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ini. 

"Saya yakin dengan iltizam yang utuh, kerjasama padu semua pihak dan niat yang ikhlas, Insya-Allah usaha kita akan diberkati dan aspirasi yang dihasratkan akan tercapai," katanya. 

Muhyiddin juga menaruh kepercayaan tinggi bahawa warga kementerian dapat meneruskan usaha merealisasikan tranformasi perkhidmatan awam dan pendidikan negara dalam memartabatkan Malayia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. 

"Saya juga percaya transformasi pendidikan yang sedang dijalankan akan mampu melahirkan generasi baharu yang memiliki minda kelas pertama dan berupaya memacu kemajuan negara serta menguasai kepakaran teknologi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan