Insiden MH370 Beri Ikhtibar Perkukuh Pasukan Pengurusan Krisis - Kementerian Sumber Manusia

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 5:32 PM

Richard Riot

Richard Riot.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia mengambil ikhtibar daripada insiden kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 untuk memperkasakan kesiapsiagaan pasukan pengurusan krisisnya dalam pengendalian krisis.

Menterinya, Datuk Seri Richard Riot berkata, memandangkan kementerian itu sentiasa berhadapan dengan pelbagai isu berkaitan keselamatan dan kebajikan pekerja, adalah penting untuk pasukan pengurusan krisisnya memperkasakan tatacara pengendalian krisis.

"Kita mesti realistik dan jujur. Dari semasa ke semasa kita kena bertanya kepada diri adakah kita benar-benar sedia jika berlakunya sesuatu krisis.

"Sudah cukup mahirkah atau cukup kompeten pasukan krisis kementerian," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang di sini, Khamis.

Riot meminta warga kementerian mempelajari cara syarikat penerbangan MAS dan kepimpinan negara dalam menangani insiden MH370.

"Kita mesti belajar cara untuk menggambarkan empati dalam kalangan mangsa atau keluarga mangsa.

"Kita mesti cekap dan bijak menjelaskan sebab sesuatu krisis itu terjadi dan membantu mencari jalan penyelesaiaan kepada krisis yang berlaku.

"Kita mesti cekap melayan kehendak dan karenah media yang sentiasa dahagakan jawapan," katanya.

Pesawat MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. 

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.

Riot mencadangkan kementerian mewujudkan serta merta satu mekanisme yang dianggotai pegawai-pegawai berkemahiran dalam pengurusan krisis sebagai langkah proaktif bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Merekalah yang akan merangka strategi jika berlakunya krisis, antara perkara perlu diutamakan ialah mengekalkan silaturahim dalam kalangan anggota organisasi, pihak media dan orang ramai," katanya.

Riot berkata, warga kementerian juga perlu lebih bijak dan peka dalam menghidu amaran awal terhadap sesuatu isu yang berpotensi menjadi krisis.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan