Tentera AS Telah Belanjakan RM10.79 Juta Dalam Misi Mencari MH370

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 11:21 AM

Pesawat Tentera Laut AS P-8 Orion.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Tentera AS telah membelanjakan lebih daripada AS$3.3 juta (RM10.79 juta) dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang, menghampiri jumlah asal peruntukan AS$4 juta yang disediakan untuk operasi mencari, kata jurucakap Pentagon, Rabu.

Kolonel Tentera Steve Warren berkata Jabatan Pertahanan telah membelanjakan AS$3.2 juta (RM10 juta) di antara 8 Mac dan 24 Mac untuk mencari Boeing 777- 200ER yang hilang lebih dari tiga minggu lalu yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Ini dibayar bagi menggerakkan kapal-kapal dan menerbangkan helikopter dan pesawat," kata Warren kepada pemberita.

Dana AS$4 juta tersebut datang dari Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel diberi kuasa pada peringkat permulaan untuk membelanjakan dana bantuan kemanusiaan dan bencana luar negara Pentagon, katanya.

Memandangkan usaha mencari pesawat yang hilang beralih kepada selatan Lautan Hindi, Pentagon turut menerbangkan pesawat Tentera Laut P-8 milik AS.

Pembiayaan untuk usaha itu kemudian beralih kepada Bajet Penyelenggaraan dan Operasi Tentera Laut.

Antara 25 Mac dan 31 Mac, Tentera Laut membelanjakan kira-kira AS$148,300 untuk menerbangkan pesawat P -8nya dalam misi carian di laut, katanya.

Pentagon juga memberi respons kepada permintaan Malaysia untuk menyediakan peralatan mencari di dalam air dengan menghantar Towed Pinger Locator serta Bluefin-21, kenderaan dalam air berautonomi.

Kedua-dua peranti boleh digunakan untuk mendengar bunyi ping yang dipancarkan oleh perakam data pesawat penerbangan.

Warren berkata tiada had khusus telah ditetapkan terhadap pembiayaan untuk menerbangkan pesawat P- 8.

Beliau berkata Pentagon telah menetapkan bajet awal $3.6 juta untuk peralatan carian di dalam air.

Alatan tersebut masih dalam perjalanan ke kawasan carian.

"Itu lah jumlah yang kita telah diperuntukkan untuk Pinger dan Bluefin," kata Warren.

"Kami tidak mempunyai kos yang tepat lagi kerana ia akan berbeza-beza bergantung kepada berapa penyesuaian penggunaan."
Tags / Kata Kunci: MH370 , Steve Warren , Pentagon

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan