PRK Kajang Bukan Gambaran Prestasi Keseluruhan BN - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 9:39 PM

Khairy Jamaluddin (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, Rabu. Turut hadir Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun (kanan). Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata 'ketiadaan kelebihan' pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menjadi salah satu faktor kekalahan Barisan Nasional (BN).

Justeru katanya, adalah tidak wajar untuk menilai prestasi keseluruhan BN khususnya Pemuda berdasarkan pilihan raya tersebut.

"Kita berada dalam satu keadaan 'disadvantage'  mereka (pembangkang) pilih tempat, pilih masa, bukan kita yang pilih sudah tentu mereka pilih tempat yang mereka rasa mereka mempunyai sokongan yang tinggi.

"Bagi saya Kajang tidak memberi gambaran keseluruhan (parti) tetapi kita mengambil iktibar  dan membuat analisa daripadanya," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Khairy berkata, keadaan politik semasa dan isu-isu nasional turut mempengaruhi sokongan pengundi terhadap kerajaan BN.

Malah Menteri Belia dan Sukan ini awal-awal lagi telah menjangkakan akan berdepan kemerosotan sokongan daripada pengundi-pengundi muda di kawasan itu.

"Faktor nasional adalah di luar kawalan Pemuda. 

"Walaupun kita dapat dekati mereka tetapi ada banyak isu seperti isu kos sara hidup menyebabkan penurunan sokongan. Ini kita telah jangka melalui survey dan pungutan suara sebelum pilihan raya diadakan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui jentera Pemuda pada PRK Kajang adalah lebih baik berbanding PRK Sungai Limau.

Beliau berkata, Pemuda Umno tetap akan membantu kerajaan dengan memberikan lebih kefahaman dan penerangan kepada golongan muda mengenai dasar-dasar kerajaan.

Mengulas mengenai perkembangan jumlah pendaftaran pengundi muda, Khairy berkata sehingga kini seramai 5,123 telah membuat pendaftaran. 

Namun, beliau mengakui golongan pengundi muda Cina lebih banyak mendaftar berbanding golongan muda kaum Melayu.

Justeru beliau telah meletakkan KPI untuk memastikan golongan muda terus mendaftar.

"Paling mudah jika kerajaan bersetuju melaksanakan pendaftaran automatik sebaik sahaja mereka berumur 21 tahun," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan