Krisis Air: Pengguna Perlu Ubah Sikap

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 11:42 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Krisis air dialami ketika ini sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia untuk mengubah sikap mereka dalam pengurusan penggunaan dan pemuliharaan air dengan lebih baik, menurut pertubuhan bukan kerajaan.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (Wecam) Foon Weng Lian menegaskan kurang kesedaran dan sikap tidak peduli dalam kalangan rakyat Malaysia turut menyumbang kepada pembaziran dan kekurangan air.

"Sudah tiba masanya untuk kita mengkaji bagaimana kita menggunakan air. Bukan pengguna sahaja perlu mengubah sikap, pembuat dasar juga perlu berbuat demikian, dan merumuskan dasar-dasar yang menjamin kelestarian sumber itu.

"Puratanya, rakyat Malaysia menggunakan lebih banyak air daripada apa yang mereka perlukan," katanya.

Beliau berkata kaji selidik pada 2012 menunjukkan penggunaan air di Malaysia adalah 212 liter seorang setiap hari, antara tertinggi di rantau ini, berbanding 151 liter di Singapura dan 150 liter dicadangkan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Foon mencadangkan satu daripada cara untuk mengubah sikap pengguna adalah menerusi kempen kesedaran jangka panjang yang efektif.

"Kempen dilaksana satu kali sahaja tidak dapat membuahkan hasil yang diinginkan. Jadi adalah amat penting untuk mengadakan kempen penjimatan air secara lestari jangka panjang sekiranya kita serius mahu mengubah sikap orang ramai dan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan air.

Memberikan contoh Singapura, katanya Malaysia boleh belajar daripada pengalaman republik itu dalam pemuliharaan air.

"Singapura mempunyai kempen kesedaran air paling berjaya dan efektif. Ia bermula sejak 1977 dan berterusan hingga sekarang.

"Disebalik perlu membeli 50 peratus air dari Malaysia, setakat ini mereka tidak berdepan sebarang masalah kekurangan air sepertimana yang sedang dihadapi kita," katanya.

Beliau juga berkata dasar pengurusan air negara yang hanya menumpukan terhadap pengurusan sumber air, juga perlu disemak semula untuk memasukkan bekalan dan permintaan air serta air tidak terhasil (NRW).

"Ketika ini, kita hanya menumpukan untuk mengenal pasti lebih banyak sumber air untuk memenuhi permintaan bagi air. Tetapi kita tidak pernah memberi tumpuan kepada bagaimana kita patut mengawal sumber dan penggunaannya untuk faedah jangka panjang, manakala isu NRW patut ditangani oleh pihak berkenaan dengan lebih efektif," katanya.

Walaupun krisis air pernah berlaku sebelum ini, ini merupakan kali pertama catuan air dilaksanakan di Lembah Klang berikutan paras air di beberapa empangan utama berkurangan dengan ketara, berlarutan untuk tempoh lama.

Catuan air kini dilanjutkan hingga akhir April dan menurut Foon, sekiranya keadaan paras air tidak berubah, catuan air dijangka dilanjutkan.

Sependapat dengan Foon, aktivis alam sekitar Gurmit Singh berkata kadar air yang murah di negara ini dan dasar air percuma untuk 20 meter padu telah gagal menggalakkan orang ramai menggunakan air secara berhemat.

"Ramai daripada kita seolah-olah tidak menghargai air kerana kita fikir ia tetap ada sampai bila-bila. Kita perlu mengubah cara berfikir itu," katanya ketika dihubungi.

Pengerusi Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia (Cetdem) itu mencadangkan kerajaan mengambil pendirian lebih tegas dalam usaha memupuk sikap menggunakan air secara efisien dalam kalangan orang ramai.

Ini termasuk menggalakkan penggunaan alat penjimatan air dalam kalangan pengguna domestik dan industri dan mewajibkan pemaju perumahan memasang tangki dalam projek baharu mereka untuk tujuan menuai air hujan, katanya.

"Air hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman atau membasuh kereta. Selain itu ia boleh membantu mengawal banjir kerana ia menghalang air hujan daripada mengalir ke longkang," katanya.



Tags / Kata Kunci: NRW , Cetdem , Syabas , SPAN

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan