Kaji Semula Sistem Pengagihan PR1MA - Khairy

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 7:00 PM

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno menggesa supaya sistem pengagihan Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) dikaji semula bagi membuka peluang lebih luas kepada  golongan muda dan bumiputera memiliki kediaman sendiri.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sistem undian yang digunakan pada masa kini tidak dapat memberi jaminan bahawa kuota yang ditetapkan untuk golongan muda dan bumiputera sepenuhnya diisi oleh golongan berkenaan.

"Apabila diadakan sistem undi, ia tidak menjamin akan ada 30 peratus pembeli muda dan Bumiputera padahal projek perumahan memperuntukkan kuota 30 peratus untuk golongan ini.

"Pemuda Umno menggesa PR1MA mengubah sistem pengagihan rumah yang kami rasakan sistem itu tidak boleh diguna pakai," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco Ppergerakan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Khairy berkata, isu ini telah dibangkitkan oleh wakil Pemuda Wilayah Persekutuan dan wakil dari Kedah.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, sekiranya sistem cabutan undi diteruskan, ia akan hanya merugikan golongan bumiputera yang sememangnya layak memenuhi kuota ditetapkan.

Katanya, Pemuda memainkan peranan untuk memastikan perubahan dari segi dasar yang ditentukan oleh kerajaan dan PR1MA.

Tambahnya, adalah menjadi peranan Pemuda juga untuk mengingatka  PR1MA supaya skim yang diperkenalkan tidak tersasar dari matlamat asal.

"Yang pertama sekali kita kena pastikan peluang itu ada...bila dia memohon memang dia boleh dapat perumahan tersebut. 

"Bila buat sistem cabutan undi tidak tentu golongan muda atau bumiputera akan dapat (peluang)," katanya.

Khairy berkata sebagai langkah lanjutan, beliau telah meminta wakil Pemuda Wilayah Persekutuan untuk menghantar memorandum kepada pengurusan PR1MA pada Isnin ini.

Beliau juga akan membangkitkan isu ini kepada kabinet.

"Dalam memorandum itu kita minta kuota 30 peratus untuk golongan bumiputera dan kalau boleh 30 peratus juga untuk golongan muda," tegasnya.

Jelasnya, gesaan ini dibuat selepas Pemuda melihat isu perumahan sering menjadi isu dan rungutan dalam golongan belia dan Bumiputera.

"Kita sudah banyak berjasa untuk golongan muda mendapatkan rumah...kita cadangkan Skim Rumah Pertamaku yang dapat pinjaman 100 peratus tak perlu bayaran deposit 10 peratus," katanya sambil menambah Pemuda juga telah mencadangkan skim rumah transit kepada kerajaan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan