Catuan Air Di Selangor Hingga Hujung April - MB

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 5:03 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajan Selangor terpaksa meneruskan catuan bekalan air bersih di negeri itu sehingga paras air di semua empangan mencapai tahap yang memuaskan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, catuan air terpaksa diteruskan sehingga paras air mencapai tahap 55 peratus.

"Saya terpaksa ambil keputusan yang agak konservatif dalam hal ini, catuan air terpaksa diteruskan hingga paras air di setiap empangan capai tahap melebihi 55 peratus.

"Sekarang paras air di empangan berada  di bawah 40 peratus," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarsat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abduk Aziz Shah pada Rabu.

Beliau berkata walaupun hujan turun di beberapa kawasan kebelakangan ini namun ia tidak berlaku di kawasan empangan sehingga mengakibatkan paras air tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pada Selasa, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) Datuk Ismail Kasim dilaporkan berkata Pelan Pengagihan Air Berjadual terpaksa diteruskan kerana paras air di beberapa empangan masih berada di tahap kritikal.

Ismail berkata, berlaku penyusutan paras air di beberapa empangan seperti Sungai Selangor, Sungai Tinggi, Sungai Semenyih, Sungai Langsat, Klang Gates, Tasik Subang dan Sungai Batu.

Beliau berkata, pada 31 Januari 2014 sukatan air di empangan Sungai Selangor berada di paras 205.85 meter di atas aras laut tetapi ia telah susut kepada 189.60 pada 31 Mac 2014.

Menerusi pelan catuan peringkat keempat ini kerajaan Selangor mengambil inisiatif untuk tidak melakukan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor sebanyak 500JLH menjadikan jumlah pengurangan sebanyak 1,000JLH.

Pelan Pengagihan Air Berjadual Peringkat Keempat akan berkuatkuasa mukai 4 April ini yang melibatkan 6.7 juta pengguna di sembilan wilayah.

Pelan Pengagihan Air Berjadual Peringkat Ketiga dilaksanakan pada 10 Mac lalu melibatkan anggaran 3.6 juta pengguna di enam wilayah.

Tags / Kata Kunci: SPAN , Selangor , Syabas

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan