AirAsia Perlu Berpindah, LCCT Kosong Selepas 9 Mei - Berita Semasa | mStar

AirAsia Perlu Berpindah, LCCT Kosong Selepas 9 Mei

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 10:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia perlu berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum 9 Mei kerana penutupan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) akan dibuat pada tarikh tersebut, tegas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, LCCT akan berada dalam keadaan 'kosong' selepas tarikh berkenaan dan tidak relevan bagi syarikat penerbangan beroperasi tanpa kaunter imigresen dan kastam yang akan turut berpindah.

"Tiada apa-apa lagi di LCCT selepas ini," katanya selepas perasmian Persidangan dan Pameran Lapangan Terbang Terkemuka Dunia pada malam Selasa.

Ketika ditanya adakah perkara itu diketahui oleh AirAsia, beliau menjawab," ya kami telah memberitahu mereka."

Berhubung pembukaan KLIA2, Ab. Aziz memberitahu, lapangan terbang hybrid berkenaan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan iaitu 2 Mei.

"Kami akan mengadakan hari terbuka kepada orang ramai pada 27 April bagi membolehkan mereka memasuki lapangan terbang itu dan melawat landasan dan kawasan tertentu," katanya.

Empat penerbangan dijangka akan melakukan penerbangan dari KLIA2 iaitu Cebu Pacific, Malindo Air, Tiger Airways dan Mandala Airlines pada 2 Mei.

Ab. Aziz selain itu turut menafikan bahawa terdapat kos tambahan dalam pembinaan KLIA2.

"Seperti yang telah diberitahu, pengiraan kos keseluruhan belum dimuktamadkan lagi ketika ini, mengikut taklimat yang diberikan oleh Malayssia Airport Holding Berhad (MAHB) kosnya masih RM4 bilion," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: KLIA , AirAsia
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan