Catuan Air Gagal Berfungsi, Pengguna Masih Guna Banyak Air

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 10:21 AM

empangan

Paras air di empangan Sungai Selangor setakat Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empangan air Selangor semakin kering, tetapi penduduk di negeri itu masih menggunakan banyak air seperti di mana empangan itu dipenuhi air.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee berkata, penduduk di Selangor hanya menggunakan air kurang 7% walaupun catuan air berlaku di negara itu.

Setakat pagi Isnin, empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Baru mencatatkan kapasiti 36.53%. Tahap kritikal adalah 30% di mana ia akan berlaku dalam hanya dua minggu sekiranya paras air masih berkurangan secara berterusan.

"Walaupun terdapat catuan air, pengendali mendapati jumlah air yang dijimatkan kira-kira 7%. Permintaan hanya menyusut (dengan sebanyak itu)," kata Loo dalam satu temuramah yang merujuk perangkaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Dilaporkan bahawa permintaan bagi air yang dirawat di Selangor adalah 4,641 juta liter setiap hari.

Ini bermakna kira-kira 325 juta liter disimpan setiap hari, di mana Loo mengatakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. 

Beliau berkata, Malaysia mempunyai tarif air rendah dan Selangor memberikan 20 kiub meter air secara percuma kepada penduduk negeri itu setiap bulan.

Menurut Loo, ia tidak memberi motivasi penduduk untuk menjimatkan air, dan kementerian sedang memikirkan kemungkinan surcaj air bagi memastikan sumber air di negeri itu berterusan.

"Ini adalah kemungkinan dilema yang kita hadapi sekarang. Jika anda melampaui penggunaan tertentu, anda perlu naikkan (caj)," tambahnya.

Menurut Panduan Indusrti Air Malaysia 2013, penduduk Selangor dikenakan caj RM0.57 per 1,000 liter untuk 20,000 liter pertama. Ia naik kepada RM0.72 untuk 30,000 liter pertama dan RM0.77 bagi 35,000 liter pertama.

Tarif air terakhir di negeri itu dikaji semula pada 2006.

Loo berkata, Kerajaan mungkin mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat air sebelum empangan mencapai paras kritikal.

"Kita tidak akan tunggu sehingga paras itu mencecah 30%," kata Loo, yang merujuk kepada empangan air Sungai Selangor, yang merupakan empangan air terbesar di Selangor.

"Saya berharap lebih banyak hujan menjelang penghujung April. Kita perlu bersedia dengan langkah penting yang diperlukan untuk dilaksanakan, sekiranya perlu," katanya yang enggan mengulas mengenai sama ada surcaj atau amaran darurat air akan dilaksanakan.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan