Saya Tidak Akan Tarik Diri - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 2:21 PM

Mohamed Azmin menegaskan beliau tidak akan membuka mulut mengulas mengenai pencalonannya sehingga senarai pencalonan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik diri daripada meneruskan hasratnya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu akhir bulan ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Gombak itu berkata, buat masa ini beliau tidak akan membuka mulut untuk mengulas mengenai pencalonannya sehingga senarai pencalonan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR.

"Apa yang pasti, saya akan bertanding dalam perlawanan ini, yang lain saya tak tahu.

"Tapi buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa sehingga selesai tempoh menarik diri," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online pada Selasa.

Pada pemilihan kali ini, Mohamed Azmin berhadapan saingan enam penjuru dalam usaha mempertahankan kedudukan yang dimenanginya pada 2010.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangasa itu ditentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden, Tian Chua; Datuk K. Ramachandran dan S. Murali.

Berdasarkan syarat dan peraturan pemilihan PKR, calon yang disahkan layak bertanding boleh menarik diri sebelum senarai pencalonan dimuktamadkan pada 10 April ini.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Azmin Ali , Pemilihan PKR

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan