Anwar Tidak Halang Saya Tanding Jawatan Presiden PKR - Azmin

Diterbitkan: Selasa, 1 April 2014 8:51 PM

Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menolak dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti yang akan datang.

Azmin akan mempertahankan kerusi timbalan presiden yang disandangkan dalam saingan enam penjuru.

"Saya memilih untuk kekal bertanding jawatan timbalan presiden selepas berbincang bersama rakan dalam parti.

"Ini bukan keputusan saya. Saya perlu berbincang dengan pelbagai pihak. Apa yang lebih penting adalah parti diperkukuh dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.

Sebelum hari pencalonan pada Sabtu, timbul spekulasi bahawa Azmin menawarkan diri bertanding jawatan presiden, mencabar presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar.

Wan Azizah dan Anwar masing-masing bertanding merebut jawatan presiden.

Azmin berkata berdasarkan rekodnya dalam parti dan kerajaan Selangor sebelum ini,  akan membantu beliau mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti untuk mempertahankan jawatannya.

"Akhirnya, mereka akan menentukan siapa yang berupaya membawa parti ke peringkat tertinggi. Saya mempunyai buku laporan dan ahli-ahli boleh melihatnya sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan