Timor-Leste Puji Cara Malaysia Tangani Krisis Kehilangan MH370

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 3:23 PM

Xanana Gusmao

Xanana Gusmao (kiri) dalam sidang media bersama Najib selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Perdana Putra di Putrajaya, Isnin. Foto MOHD SAHAR MISNI

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmao pada Isnin memuji cara kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) menangani krisis kehilangan pesawat MAS. 

"Malaysia patut dipuji kerana menerajui usaha mencari melibatkan pelbagai negara, yang mempamerkan contoh kepimpinan dan kerjasama luar biasa dalam kalangan masyarakat antarabangsa," katanya.

Dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Perdana Putra di sini, Gusmao juga menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga penumpang dan anak kapal berkenaan atas kehilangan orang yang disayangi.

Gusmao sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, bermula Isnin. Ini merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini sebagai perdana menteri Timor-Leste selepas dilantik semula ke jawatan itu bagi penggal kedua pada 8 Ogos 2012.

Sebelum ini, beliau berkunjung ke Malaysia sebagai presiden negara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Berkecuali (NAM) Ke-13 pada 2003 dan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2005. 

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat itu apabila didapati mengubah laluan asalnya dan terbang di sepanjang dua koridor - koridor utara yang merentas dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan, dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Hasil analisis data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) membuat rumusan bahawa Penerbangan MH370 telah terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. 

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, Najib mengumumkan bahawa penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Tags / Kata Kunci: timor-lest , mh370 , Xanana Gusmao

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan