Tangau Ambil Alih Jawatan Presiden Upko

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 7:59 PM

Bernard Dompok bersalaman dengan Wilfred Madius Tangau (kanan) yang dilantik sebagai Presiden baharu Upko pada 5 Mac lalu. - foto NORMIMIE DIUN/The Star

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Madius Tangau pada Isnin secara rasmi mengambil alih jawatan presiden parti daripada Tan Sri Bernard Dompok yang melepaskan jawatannya berkuat kuasa 21 Mac lepas.

Majlis penyerahan dan penerimaan tugas itu berlangsung di ibu pejabat Upko di sini Isnin sebelum Tangau buat pertama kalinya mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti selaku presiden.

Bercakap kepada pemberita, Tangau berkata mesyuarat itu menumpukan kepada pelantikan beberapa jawatan penting dalam parti bagi penggal berakhir 2016 termasuk setiausaha agung dan ketua penerangan.

Mengenai jawatan Datuk Dr Ewon Ebin dalam parti selepas kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti Oktober tahun lepas, beliau berkata kedudukan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dalam parti akan ditentukan selepas mendapat persetujuan semua pucuk pimpinan.

Pada 5 Mac lepas, Dompok, 64, mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden Upko berkuat kuasa 21 Mac lepas setelah menerajui parti selama 20 tahun.

Sambil melahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan khususnya Dompok, Tangau berharap semua anggota parti meneruskan hala tuju parti dan kembali bersatu dalam satu pasukan demi kesinambungan perjuangan parti sejak dulu.

Sementara itu, Dompok berkata beliau yang kini anggota biasa Upko Penampang akan terus menyumbang bakti kepada parti.

Sambil berseloroh, katanya beliau ingin melawat kawasan di seluruh Sabah terutama di Penampang, Ranau dan pedalaman selain melibatkan diri secara aktif dalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya, beliau adalah pengerusi Lembaga Montfort Youth Training Centre dan pengerusi Borneo Conservation Trust.

Dompok turut yakin barisan kepimpinan baharu parti pimpinan Tangau akan meneruskan perjuangan dan memastikan parti sentiasa berada di landasan yang benar.
Tags / Kata Kunci: Upko , Wilfred Madius Tangau , Bernard Dompok

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan