Banyak Petunjuk Mengenai MH370 Hilang Di Selatan Lautan Hindi - Tony Abbott

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 10:33 AM

Tony Abbott.

(Ubah saiz teks)

PERTH: Kesemua petunjuk yang ditemui menunjukkan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang di selatan Lautan Hindi, kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott pada Isnin, yang menyokong pandangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat itu telah terhempas.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang pada 8 Mac lalu, tetapi selepas tiga minggu masih belum menemui sebarang bangkai atau serpihan pesawat.

Ramai waris kepada penumpang dan anak kapal di dalam pesawat itu berang pada pengumuman Najib bahawa berdasarkan analisis data satelit yang terperinci, pesawat itu "hilang di selatan Lautan Hindi".

Tetapi Abbott berkata, beliau bersetuju dengan kesimpulan Najib itu.

"Pengumpulan petunjuk yang ada adalah bahawa pesawat itu telah hilang dan ia hilang di selatan Lautan Hindi," katanya kepada para pemberita di pangkalan tentera di Perth bagi operasi mencari pesawat itu.

"Ia merupakan petunjuk yang banyak dan saya fikir Perdana Menteri, Najib Razak adalah lengkap untuk membawanya kepada kesimpulan itu, dan saya fikir apabila kesimpulan sudah dibuat, beliau akan bertanggungjawab untuk memberitahunya kepada umum."

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan