Pelan Pertumbuhan Strategik Johor Dilancar Hujung Tahun

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 9:43 PM

Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor Datuk Hasni Mohamad (kanan) menurunkan tandatangan di atas sepanduk sebagai mewakili harapan dan doa rakyat Malaysia agar pesawat MAS MH370 yang hilang segera ditemui, selepas majlis perjumpaan bersama anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) negeri Johor di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai, Johor pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan negeri akan melancarkan Pelan Pertumbuhan Strategik Johor pada akhir tahun ini bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pelan komprehensif itu akan dibangunkan berdasarkan kekuatan sumber ekonomi yang terdapat di setiap daerah supaya pembangunan di negeri ini dapat dilakukan berterusan.

"Pelan ini sedang dalam peringkat kajian sebelum siap pada akhir tahun. Kita bukan sahaja mahu Johor menjadi destinasi pilihan pelaburan malah kemajuannya setanding Singapura.

"Kalau kita tidak membangunkan Johor, sudah tentu rakyat akan membandingkan negeri ini dengan negeri lain dan Singapura, yang akhirnya rakyat akan cakap Johor hanya sekadar negeri halaman belakang Singapura," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas majlis perjumpaan bersama anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Johor, di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kemas Datuk Hassan Mohd Amin.

Khaled berkata Johor mencatatkan negeri paling tinggi menerima kemasukan pelaburan pada tahun lepas yang menunjukkan kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memajukan ekonomi.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau mengingatkan anggota Kemas di negeri ini supaya memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya mengenai matlamat, rancangan, visi serta misi kerajaan pusat dan negeri.

"Peranan anggota Kemas sudah terbukti sejak dahulu dalam membantu menerangkan program kerajaan seperti melalui kelas masakan dan jahitan.

"Peranan anggota Kemas yang menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat perlu diteruskan untuk terus memajukan negara," tegasnya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan