KD Lekiu Dijangka Tiba Di Perth Hari Ini

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 4:34 PM

KD Lekiu akan menyertai misi SAR MH370 di Lautan Hindi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah kapal frigat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekiu membawa sebuah helikopter Super Lynx yang ketika ini dalam pelayaran bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Lautan Hindi, dijangka tiba di Garden Island, Perth, Australia pada Isnin.

Panglima Angkatan Tentera (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata aset berkenaan kemudiannya akan digerakkan ke lokasi pencarian baharu kira-kira 1,100 batu nautika di barat Perth.

"Kapal sedang dalam pelayaran dengan kekuatan 159 anak kapal dan dijangka tiba hari in. Aset ini kemudiannya akan digerakkan ke lokasi pencarian 3 April ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Eksesais Pahlawan siri 15 2014 di sini Isnin.

Katanya ketika ini dua buah pesawat C-130 digerakkan untuk menyertai misi pencarian di kawadan berkenaan dengan kekuatan 50 anak kapal dan tiba di Pangkalan Tentera Udara Australia Pearce (RAAF), Perth dua hari lepas.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. 

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sementara itu, mengenai Eksesais Pahlawan, Zulkifeli berkata senario eksesais pahlawan itu dirangka dengan melibatkan situasi pencerobohan anasir asing terhadap kedaulatan negara.

Ia bertujuan untuk menilai keupayaan dan kecekapan ketiga-tiga cabang Perkhidmatan di dalam melaksanakan tugas operasi yang dipertanggungjawabkan. 

Dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX), eksesais ini melibatkan sejumlah 350 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Ia melihatkan pengemblengan aset, infrastruktur sistem dan kemudahan sedia ada bagi menyokong pelaksanaan sesuatu operasi.

Tags / Kata Kunci: KD Lekiu , TLDM , SAR , MH370

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan