Juruterbang Keluar Bertugas, Tidak Semestinya Pulang

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Para anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dinasihati agar reda dengan sebarang kemungkinan berlaku terhadap pesawat yang hilang itu.

Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.

Norhaslina Hashim, 47, (gambar) meminta anggota keluarga berkenaan agar terus berdoa untuk orang tersayang mereka yang berada di dalam pesawat.

Beliau berkata bagi dirinya, setiap juruterbang menghadapi risiko besar apabila mereka keluar bertugas dan anggota keluarga terutama isteri juruterbang telah dididik untuk berhadapan dengan risiko kehilangan suami apabila suami mereka bertugas.

Beliau menceritakan bahawa sebelum berkahwin pada tahun 1989, beliau telah diingatkan oleh suaminya, Allahyrham Mejar Azlizan Abdul Manas untuk menerima apa sahaja berita buruk setiap kali beliau keluar bekerja.

"Allahyarham mengingatkan saya dari mula kami berkahwin bahawa apabila beliau keluar bekerja, tidak semestinya dia akan pulang," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini pada Isnin, untuk membantu menguatkan semangat anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang itu.

Dalam nahas yang menimpa Azlizan, pesawat helikopter Agusta A109E yang dipandunya yang membawa Pengerusi Kumpulan DRB Hicom ketika itu Tan Sri Yahaya Ahmad dan isterinya Puan Sri Rohana Othman dilaporkan hilang dari skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Mayat ketiga-tiga mereka ditemui dua jam selepas pesawat itu terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Norhaslina berkata dengan kejadian itu, pesanan suaminya bahawa apabila beliau keluar bertugas dan tidak semestinya akan pulang, benar-benar menjadi kenyataan.

Kamarul Mizan Ipit, 50, pula menasihati semua pihak agar tidak menuding jari antara satu sama lain berhubung kejadian kehilangan pesawat itu.

"Anggota keluarga perlu terus maju ke hadapan dan apa yang penting ialah percaya kepada takdir dan teruskan berdoa," katanya yang suaminya Mejar (B) Azhari Ghazali, 50, hampir menemui maut dalam nahas pesawat yang berlaku di Laut China Selatan pada tahun 1996.


Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , DRB

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan