Najib Lancar Pelan Induk Tarik Ketibaan Pelancong Di Langkawi

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 12:25 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada Pengerusi Kumpulan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengenai Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau, Langkawi, Ahad. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau di sini dan melahirkan harapan untuk melihat tiga juta pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi.

Beliau berkata pelancongan adalah elemen utama Program Transformasi Ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

"Saya mahu melihat ketibaan 3 juta pelancong ke pulau ini setiap tahun, membawa RM3.8 bilion kepada ekonomi dan melahirkan sekurang-kurangnya 4,200 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia," katanya semasa pelancaran itu.

Najib berkata enam tahun daripada sekarang kerajaan mahu menyambut ketibaan 36 juta pelancong ke Malaysia dan mengutip hasil RM168 bilion setahun atau lebih RM3 bilion setiap minggu.

"Ia merupakan sasaran yang diharap-harapkan, ya, dan kita memang menuju ke arah itu untuk mencapainya. Tahun ini sahaja, 28.8 juta orang akan melawat Malaysia, meningkat 12 peratus berbanding tahun lepas.

"Kita kini merupakan destinasi kedua yang kerap dikunjungi di seluruh Asia Tenggara," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan