Kumpulan Baharu Waris Penumpang Warga China Berlepas Ke KL

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 8:34 AM

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditemui wakil media selepas mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga MH370 di hotel The Everly Putrajaya, Sabtu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Kumpulan baharu anggota keluarga penumpang warga China Penerbangan MH370 dijangka berlepas ke Kuala Lumpur pada tengah malam Sabtu.

Mereka berharap diberi taklimat berhubung perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun, bilangan keluarga penumpang yang bertolak ke Kuala Lumpur belum diketahui.

Menurut mesej anggota keluarga itu menerusi aplikasi Wechat, sehingga pukul 6:30 petang (waktu tempatan) Sabtu, sebanyak 50 permohonan visa sudah diserah kepada Kedutaan Malaysia.

Semasa taklimat pada sabtu, Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin memberi jaminan bahawa visa bagi semua permohonan yang dikemukakan sejak Jumaat, akan dikeluarkan Sabtu.

Beliau berkata permohonan visa boleh diluluskan segera selepas menerima pengesahan daripada Malaysia Airlines (MAS).

"Walapun hari ini bukan hari bekerja di kedutaan, kami masih mempunyai sistem yang beroperasi bagi membantu anggota keluarga mendapatkan visa untuk berlepas," katanya.

Delegasi peringkat tinggi dari Malaysia yang ditugaskan memberi taklimat berkaitan perkembangan terkini operasi SAR turut memberi jaminan kepada anggota keluarga terbabit bahawa mereka akan ditempatkan di Hotel Bangi-Putrajaya pada Isnin selepas Grand Prix Formula 1 Malaysia berakhir.

Delegasi itu diketuai Panglima Operasi Udara TUDM Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Hotel Bangi-Putrajaya adalah tempat penginapan bagi anggota keluarga warga China yang menaiki pesawat malang itu ketika ini.

Delegasi itu, yang terdiri daripada wakil Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, TUDM, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airlines tiba di Beijing, Khamis lepas.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulanan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Semalam, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 dilapor telah dikecilkan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa di Malaysia.
Tags / Kata Kunci: waris China , Beijing , MH370 , KL

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan