Kementerian Belum Cadang Bawa Anak Pasangan Sweden Lawat Ibu Bapa

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 8:29 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) belum bercadang untuk membawa anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang dijatuhkan hukuman penjara di Sweden untuk melawat mereka di sana. 

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pada ketika ini keutamaan kementerian selaku pelindung keempat-empat anak pasangan itu adalah untuk memastikan mereka tidak merasa sedih atau tertekan dengan keputusan mahkamah. 

"Syukur Alhamdullilah, dah selesai. Ibu bapa itu gembira kerana tahu anak-anak mereka ada bersama famili di sini, malah itulah kehendak mereka. 

"Kami akan beri mereka (anak-anak itu) kaunseling yang intensif agar mereka tidak menyalahkan diri mereka," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Prudential Assurance Malaysia Berhad(PAMB), di sini Sabtu. 

Pada Jumaat Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Azizul Raheem Awaluddin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Sweden, manakala isterinya Shalwati Norshal dihukum penjara 14 bulan selepas didapati bersalah memukul anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Keempat-empat anak pasangan itu iaitu Aisyah Azizul Raheem, 14; Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7, kini dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah, Peringat di Kelantan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan