Kawasan Carian Baharu Gagal Kesan Bukti MH370, Australia Guna Khidmat Bekas Ketua Tentera

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 2:37 PM

Tony Abbott

Perdana Menteri Australia Tony Abbot berkata bekas ketua pasukan pertahanan negara Angus Houston akan mengetuai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpusat di Perth dalam membantu usaha carian MH370.

(Ubah saiz teks)

PERTH: Kawasan carian baharu gagal pada Ahad untuk menghasilkan satu penemuan yang amat ditunggu-tunggu dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang, sementara Australia melantik bekas ketua tenteranya untuk membantu menyelaraskan operasi di Lautan Hindi.

Serpihan yang dikesan oleh pesawat dan kemudiannya diambil oleh kapal-kapal di zon carian baru terbukti tidak mempunyai kaitan dengan Boeing 777, kata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

"Ia kelihatan seperti peralatan memancing dan hanyalah sampah di permukaan (lautan)," kata seorang jurucakap AMSA kepada AFP.

Ketika carian di lokasi baharu di 1,850 kilometer (1,150 batu) barat Perth dijalankan, Australia berkata bekas ketua pasukan pertahanannya, Angus Houston akan mengetuai unit baharu untuk membantu dalam usaha carian yang melibatkan tentera daripada tujuh negara iaitu Australia, China, Malaysia, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata Houston akan mengetuai Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) yang berpusat di Perth, 'untuk menyelaraskan sokongan kerajaan Australia terhadap carian MH370'.

Houston yang merupakan ketua Pasukan Pertahanan Australia dari 2005-2011 telah diberi taklimat untuk menyelaraskan hubungan diplomatik antara mereka yang terlibat dalam usaha carian antarabangsa.
Tags / Kata Kunci: AMSA , Tony Abbott , Australia , Angus Houston

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan