AMSA Kesan Isyarat Kecemasan Daripada Kapal Nelayan

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 1:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Penyelarasan dan Menyelamat Australia (RCC) mengesan satu isyarat daripada suar kecemasan yang didaftarkan kepada sebuah kapal nelayan di kawasan yang jauh di selatan Lautan Hindi berdekatan Antartika.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA)
berkata RCC tidak dapat menghubungi kapal berkenaan dan bentuk isyarat kecemasan itu tidak diketahui.

"RCC telah menugaskan semula pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia daripada usaha pencarian (Malaysia Airlines) MH370 untuk terbang ke kawasan itu dan memberikan bantuan jika diperlukan," kata kenyataan itu.

P3 mampu menggugurkan peralatan survival, kata AMSA sambil menambah ia akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi suar itu dikesan.
Ia terletak kira-kira 3,241 km di barat daya Perth dan 648 km di utara tanah besar Antartika.

Menurut kenyataan itu sebuah pesawat awam dibawa bagi menggantikan P3 dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Boeing yang hilang secara misteri pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat.
Tags / Kata Kunci: AMSA , RCC , nelayan , isyarat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan