Bekas Ketua Pertahanan Australia Bakal Ketuai Carian MH370

Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 9:24 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH (Australia) : Bekas ketua pertahanan Australia, Angus Houston akan mengambil alih penyelarasan usaha carian antarabangsa untuk pesawat MH370 yang hilang, menurut satu laporan, Ahad.

Ketua marshal udara bersara itu akan mengetuai pusat penyelarasan agensi bersama yang baharu, yang akan ditubuhkan di Perth bagi menyelaras carian pesawat Boeing 777, lapor Australian Broadcasting Corporation.

Daily Telegraph Sydney berkata Houston bukan sahaja akan mengetuai carian tetapi juga menyelaras hubungan diplomatik dengan rakan kongsi carian di Malaysia, China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Beliau juga akan memastikan agensi bersama itu menyediakan satu lokasi di mana keluarga kepada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu boleh mendapatkan maklumat, kata akhbar itu.

Turut dilaporkan, perkhidmatan yang akan diberikan kepada keluarga yang kebanyakan daripada mereka adalah dari China, termasuklah maklumat terkini dan bantuan perjalanan seperti perkhidmatan visa, nasihat penginapan, perkhidmatan jurubahasa dan kaunseling.


Laporan bagaimanapun tidak menyebut bila Houston yang merupakan ketua Pasukan Pertahanan Australia dari 2005-2011 dijangka mengambil alih tugas itu.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Sabtu berkata mengikut protokol antarabangsa, Malaysia akan terus bertanggungjawab bagi operasi mencari tetapi Australia bersedia membantu apa yang sepatutnya.

Pejabat Abbott tidak dapat segera dihubungi untuk mengulas mengenai laporan pelantikan Houston.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia yang setakat ini menyelaraskan usaha carian yang berpangkalan di Perth, enggan mengulas. - AFP
Tags / Kata Kunci: MH370 , Perth , Tony Abbott , Angus Houston

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan