Simulator Tidak Mencurigakan, Polis Teruskan Siasatan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 5:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan terus menjalankan siasatan dengan mencari petunjuk-petunjuk baharu berhubung tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, walaupun hasil siasatan terhadap simulator juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah menunjukkan tiada maklumat mencurigakan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis tidak akan bergantung sepenuhnya terhadap simulator itu untuk mencari punca sebenar kejadian.

"Dalam perkara ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan beberapa tindakan untuk mencari maklumat baharu.

"Siasatan kita tidak akan disandarkan kepada tuduhan terhadap individu atau kumpulan tertentu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Maktab PDRM Cheras di sini, Sabtu.

Ahmad Zahid berkata sebelum ini simulator itu diambil PDRM sebelum memohon kepada Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) melakukan siasatan secara forensik, namun maklumat FBI mendapati simulator itu bersih daripada sebarang data mencurigakan, malah sebahagiannya (maklumat simulator) telah dipadamkan.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sentiasa meningkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di pintu-pintu masuk negara terutamanya KLIA di Sepang, dengan kerjasama semua pihak seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB), Imigresen dan Malaysia Airlines (MAS).

"Kita juga meningkatkan sistem kita dengan memasang 'Advanced Passenger Screening System' (APSS) yang akan dilaksanakan pada pertengahan Jun ini.

"Ia sebagai langkah proaktif menghalang kemasukan penjenayah rakyat asing ke negara ini. Dengan adanya APSS, mana-mana rakyat asing yang dikenal pasti sebagai penjenayah, disenarai hitam atau dikehendaki pihak berkuasa, akan dapat dikesan lebih awal seterusnya dihalang memasuki negara ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , PDRM , Beijing , KLIA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan