MH370: Keluarga Dapat Jaminan SAR Diteruskan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 4:27 PM

Hishammuddin menenangkan seorang daripada ahli keluarga penumpang ketika membuat lawatan ke Hotel Everly Putrajaya pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penerusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan penambahbaikan penyaluran maklumat terkini adalah antara tiga perkara utama dituntut anggota keluarga penumpang pesawat itu.

Perkara itu dikemukakan anggota keluarga penumpang tempatan dan dari China semasa mengadakan pertemuan kira-kira sejam setengah dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Everly Hotel di sini, Sabtu.

Merumuskan pertemuan tertutup yang berlangsung tanpa insiden itu dalam sidang media selepas itu, Hishammuddin berkata beliau memberi jaminan kepada anggota keluarga penumpang bahawa SAR akan diteruskan.

"Usaha SAR tidak akan putus dan berterusan, itu jaminan saya memandangkan usaha ini juga adalah (melibatkan) 26 negara lain," katanya.

Beliau berkata anggota keluarga meminta operasi SAR tetap diteruskan tidak kira betapa "terpencil dan sukarnya".

Mereka juga meminta komunikasi antara keluarga dengan pihak MAS ditambah baik bagi memastikan mereka sentiasa diberikan maklumat terkini, katanya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , KLIA , Putrajaya

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan