Pemilihan PKR: Empat Dijangka Rebut Jawatan Timbalan Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 8:32 AM

Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali (kiri). Antara yang dijangka akan merebut jawatan yang sama (dari kanan): Tian Chua, Abdul Khalid Ibrahim, Saifuddin Nasution.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat bakal menggegarkan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu apabila kesemuanya dijangka akan merebut jawatan timbalan presiden sebaik sahaja proses pencalonan dibuka pada pukul 8 pagi.

Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution dijangka akan membuat kejutan untuk menyertai perebutan jawatan itu bagi mencabar penyandangnya, Azmin Ali.

Pencabar lain adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim dan penyandang Naib Presiden, Tian Chua. 

Tetapi faktor yang mengejutkan adalah Saifuddin yang dikatakan mempunyai sokongan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar mengesahkan beliau akan bertanding jawatan presiden, dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang merupakan Presiden parti selama 15 tahun, yang akan memberi laluan buat suaminya. 

Pencalonan parti pada Sabtu melibatkan jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 kerusi jawatankuasa pusat. 

Pemilihan akan diadakan dalam mesyuarat peringkat cawangan dari 25 April hingga 11 Mei. 

Keputusan pemilihan parti akan diketahui pada 13 Mei.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan