Kadar Obesiti Rakyat Malaysia Semakin Teruk

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 4:51 PM

Subramaniam (tiga, kiri) bersama Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASSO) Prof. Dr. Mohd Ismail Noor (dua, kiri) bertanya sesuatu kepada sebahagian pengunjung 'Nutrition Month Malaysia 2014 - Eat Right, Move More Fight Obesity' pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

Katanya peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.

"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan 'Bulan Nutrisi Malaysia' (NMM) 2014 di sini, Sabtu.

Justeru, Dr Subramaniam berkata rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.

Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lift bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka.

Diadakan sejak 2002, NMM merupakan usaha Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietitian Malaysia (MDA), dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat.

Sempena NMM, karnival dua hari turut diadakan di Pusat Pameran Mid Valley yang menawarkan pelbagai perkhidmatan secara percuma termasuk saringan status pemakanan, pemeriksaan tekanan darah serta kaunseling tentang pemakanan.

Turut hadir pada majlis perasmian NMM ialah Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor dan Presiden MDA Prof Dr Winnie Chee.

Tags / Kata Kunci: NSM , MDA , Maso

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan