MH370: Pelbagai Objek Dikesan Di Kawasan Pencarian Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 11:24 AM

AMSA

Imej yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) di Canberra, Australia pada Sabtu, menunjukkan kawasan pencarian di Lautan Hindi, ke barat Perth. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipindahkan ke zon baharu mengesan beberapa objek pelbagai warna oleh lima kapal terbang semasa menjalankan misi pencarian itu pada Jumaat.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, objek itu tidak boleh disahkan atau diketepikan sebagai mempunyai kaitan dengan MH370 sehinggalah dikesan semula oleh kapal.

"Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar objek terapung itu, memandangkan aktiviti seperti perikanan, adalah lazim di kawasan berkenaan.

Sekurang-kurangnya satu objek bercirikan aktiviti perikanan telah dikenal pasti," jelasnya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, kawasan pencarian bagi pesawat MH370 yang hilang dipindahkan ke suatu lokasi 1,100 kilometer ke timur laut berdasarkan nasihat terkini disediakan oleh pasukan siasatan antarabangsa di Malaysia. 

AMSA berkata, sungguhpun cuaca di kawasan terbabit bertambah baik pada Sabtu namun keadaan diramal kembali buruk pada lewat petang.

Kenyataan itu menyebut lapan pesawat ditugaskan dalam misi pencarian pada Sabtu ini termasuk tiga pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah jet Pengawal Pantai Jepun dan sebuah pesawat P3 Orion Jepun.

Turut terlibat sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), Ilyushin IL-76 tentera China, dan sebuah jet awam yang bertindak sebagai penyampai komunikasi.

"Kapal Haixun 01 dari Pentadbiran Keselamatan Maritim China berada di lokasi untuk mengesan semula objek itu sejak terbitnya matahari," jelas kenyataan itu.

AMSA berkata, Ilyushin IL-76 berlepas ke kawasan pencarian kira-kira 9.05 pagi (waktu Australia) manakala P3 Orion pertama dari RAAF berlepas pada 9.50 pagi.

"Dua lagi pesawat P3 Orion RAAF dijadual berlepas masing-masing kira-kira 12 tengah hari dan 2 petang, manakala jet awam itu pula dijadual berlepas kira-kira 1 tengah hari," kata AMSA.

Bakinya iaitu jet Pengawal Pantai Jepun, P3 Orion RNZAF dan P3 Orion Jepun, masing-masing akan berlepas pada 2 petang, 3 petang dan 4 petang.

"Enam buah kapal dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini, ditugaskan  mencari semula kedudukan objek yang telah dikesan, bagaimanapun akan tiba lewat

petang ini atau di sebelah malam," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan