PRK Balingian: Kemenangan Besar BN Satu Pengiktirafan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 9:04 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjulang tangan calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo (tengah) yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian di Dewan Suarah pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

MUKAH: Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Balingian merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan itu juga menunjukkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian mahukan Barisan Nasional untuk terus membela nasib mereka.

"(Kemenangan) ini merupakan petanda cukup positif tentang pengharapan rakyat di Balingian dan tanda sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional," katanya selepas pengumuman keputusan PRK Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini, Sabtu.

Dalam PRK itu, calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo, menewaskan calon PKR Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911 undi.

Yussibnosh, 48 memperoleh 8,194 undi sementara Abdul Jalil, 55, hanya mendapat 1,283 undi.


Tags / Kata Kunci: Mukah , Balingian , PKR , BN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan