Kegiatan Jenayah Pelajar Sekolah Membimbangkan

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 5:05 PM

Ahmad Zahid ketika hadir pada Mesyuarat Agung MCPF di Maktab PDRM Cheras pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurusan sekolah diingatkan supaya memantau tingkah laku pelajar mereka kerana laporan menunjukkan kegiatan jenayah mula wujud dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun sehingga 18 tahun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kegiatan jenayah dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar kini dilihat membimbangkan berikutan mereka mula terjebak dengan kumpulan gangster.

"Kita khuatir ada dokongan samseng di luar sekolah dan kita akan lakukan siasatan sama ada mereka (pelajar) telah direkrut oleh kumpulan samseng. Siasatan awal memperlihatkan ada lebih 50 peratus keterlibatan mereka dengan kumpulan ini di luar sekolah.

"Kita bimbang kegiatan jenayah dalam kalangan kanak-kanak mahupun pelajar-pelajar melebihi daripada laporan yang diterima kerana ada sesetengah sekolah yang berprestij tidak mahu melaporkan kepada polis tentang keadaan yang berlaku," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung MCPF di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye. 

Sehubungan itu Ahmad Zahid meminta pengetua sekolah agar bekerjasama dan tidak bimbang untuk mendedahkan pelakuan jenayah di sekolah mereka agar tindakan penguatkuasaan dapat diambil.

Beliau berkata MCPF bersama Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Polis Diraja Malaysia akan terus melipatgandakan usaha dalam membanteras jenayah di peringkat sekolah.

"Setakat ini seramai 700 guru disiplin telah bergabung dengan MCPF dan yakin jumlah ini akan bertambah," katanya.

Beliau turut berkata statistik menunjukkan pada tahun 2012, hanya 368 kanak-kanak atau pelajar yang terlibat dalam kegiatan jenayah, namun jumlah itu meningkat kepada 542 pelajar pada 2013 iaitu peningkatan sebanyak 47 peratus.

"Bagi pelajar yang tercicir atau drop out dan melakukan jenayah, pada tahun 2012 seramai 849 orang yang terlibat dan pada tahun 2013, ia meningkat seramai 2,011 orang, meningkat sebanyak 137 peratus," katanya.

Ahmad Zahid berkata statistik juga menunjukkan lebih 20 peratus pelajar terlibat dalam kes pembunuhan pelajar iaitu 10 kes pada 2012 dan meningkat kepada 12 kes pada tahun 2013.

"Manakala jenayah pemerkosaan atau rogol melibatkan pelajar pula seramai 113 orang pada 2012 dan 218 orang pada tahun 2013, sementara jenayah yang mendatangkan kecederaan seramai 244 orang (2012) dan 700 orang pada tahun 2013," katanya.

Tags / Kata Kunci: KDN , MCPF , Cheras , PDRM

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan