Pemilihan PKR: Wan Azizah Lawan Anwar Rebut Kerusi Presiden - Berita Semasa | mStar

Pemilihan PKR: Wan Azizah Lawan Anwar Rebut Kerusi Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 5:21 PM

Wan Azizah (kiri) akan menentang suaminya sendiri Anwar (kanan) bagi merebut kerusi presiden PKR pada pemilihan kali ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal ditentang isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam saingan merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengesahan pencalonan Anwar dan Azizah diumumkan Pengerusi Jawatan Pemilihan, Datuk Johari Abdul.

Pengumuman hasrat Wan Azizah untuk mengekalkan kedudukannya  mengejutkan penyokong parti yang berkumpul di Ibu Pejabat PKR sejak awal pagi apabila proses penyerahan borang pencalonan dibuka pada pukul 10 pagi.

Wan Azizah bagaimanapun tidak hadir menyerahkan borang pencalonannya.

Difahamkan wakil calon Adun Kajang yang baharu itu menyerahkan borang pencalonan Wan Azizah pada saat-saat akhir iaitu dalam tempoh dua jam terakhir sebelum kaunter penyerahan borang ditutup pada pukul 5 petang.

Terdahulu kira-kira pukul 11.10 pagi, Anwar turut diwakili wakilnya menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden PKR.

Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.


Tags / Kata Kunci: PKR , Anwar , Wan Azizah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan