Samsung Perkenal Telefon Baharu Galaxy S5

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 11:49 AM

galaxy s5

Samsung Galaxy S5 (kanan) dan jam pintar 'Gear Fit'.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat elektronik gergasi Samsung melancarkan lagi telefon pintar Androidnya yang paling inovatif.

Dinamakan sebagai 'Galaxy 5' itu mempunyai ciri-ciri seperti kamera yang lebih canggih, hubungan rangkaian yang pantas dan 'dedicated fitness tool'

Kamera dengan 16 mega piksel turut mempertingkatkan kualiti 'antara muka' yang membolehkan para pelanggan untuk mengambil, mengedit dan berkongsi gambar-gambar dengan mudah.

Ia turut mendakwa sebagai kamera telefon yang mempunyai auto fokus paling pantas, yang hanya memerlukan 0.3 saat bagi mendapatkan fokus rakaman gambar.

"Dengan S5, Samsung kembali kepada asas dengan memfokuskan penyampaian keupayaan yang merupakan keutamaan buat para pelanggan kami," kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, Lee Dong Yong.

"Para pelanggan mencari kelengkapan mudah alih yang boleh memberi inspirasi dan sokongan kepada mereka bagi dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan harian mereka."

Telefon pintar itu mempunyai ciri baharu yang dipanggil 'Download Booster', yang boleh menggunakan rangkaian WiFi dan LTE bagi syarikat telekomunikasi pada masa yang sama untuk memuat turun fail secara efektif menerusi kombinasi kelajuan dua perkhidmatan tanpa wayar.

S5 berharga RM2,399 yang boleh didapati di pasaran bermula 11 April ini.

Telefon S5 dan jam pintarnya boleh didapati untuk tempahan awal bermula Jumaat, dari syarikat telekomunikasi terlibat seperti Celcom, DiGi dan Maxis, serta dari Kedai Jenama Samsung Mobile.

Jam pintar 'Gear 2' berharga RM899 dan 'Fit" berharga RM599.



Tags / Kata Kunci: samsung , galaxy , s5 , Lee Dong Yong , android , gear

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan