Raja Bomoh Kembali Lakukan Ritual Untuk MH370

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 5:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Walaupun pernah dikritik oleh masyarakat dari dalam dan luar negara, namun ’Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, tetap meneruskan ritual bagi mengesan pesawat MH370.

Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.

Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.

Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.

Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.

Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.

Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , Raja Bomoh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan