Negara Tarik Diri Tidak Jejas Operasi SAR MH370

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia yakin mampu meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang dengan kerjasama antarabangsa walaupun terdapat negara yang menarik diri.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kes kehilangan MH370 melibatkan semua pihak dan beliau tidak nampak sebarang halangan untuk meneruskan operasi SAR di selatan Lautan Hindi.

"Ini satu insiden yang melibatkan semua pihak. Kita terharu dan kagum dengan sokongan dunia.

"Setakat ini yang menarik diri bukan sebab mereka tidak mahu teruskan operasi tetapi tidak semua negara ada kapal atau pesawat yang boleh bantu kesan serpihan di lokasi carian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemampuan Malaysia dari segi aset dan kewangan dalam misi carian MH370 pada taklimat harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Hishammuddin berkata operasi SAR multinasional ini telah memberikan semangat dan kekuatan kepada Malaysia untuk terus mencari bukti berkaitan misteri kehilangan MH370.

"Itulah yang berikan kita kekuatan dan semangat. Kita tidak akan berputus asa," katanya.

Antara yang menarik diri adalah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Kidd, yang membantu sejak awal usaha pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370 kerana kawasan pencarian yang begitu luas.

Terbaharu yang menamatkan misi carian ialah pesawat India C-130J Super Hercules yang berlepas dari pangkalan Malaysia petang Jumaat.

Bagimanapun pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion dari AS telah dikerah bagi membantu Malaysia mencari pesawat Boeing 777-200ER, yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi.

Sementara itu berhubung operasi mencari bukti kukuh berkaitan pesawat MH370 yang diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi kekal mencabar walaupun adanya petunjuk baharu, Jumaat.

Hishammuddin menjelaskan, walaupun petunjuk baharu yang boleh dipercayai membawa kepada kawasan carian yang lebih kecil berbanding kawasan carian asal, ia tidak bermaksud usaha carian menjadi mudah.

"Kawasan carian baharu, walaupun lebih fokus daripada sebelum ini, ia masih kekal sebagai sesuatu yang besar dan diambilkira.

"Situasi carian, walaupun mudah berbanding sebelum ini, ia tetap mencabar," katanya pada taklimat MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Jumaat.

Pada Jumaat, misi carian MH370 dipindahkan ke utara Lautan Hindi.

Lokasi baharu itu adalah kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Perth dari kawasan carian asal yang telah dilakukan selama seminggu, di barat Australia, berdasarkan maklumat terkini yang disalur oleh pasukan penyiasat antarabangsa di Malaysia.

Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850km ke barat Perth.

Dilaporkan bahawa 10 pesawat dari enam negara iaitu Australia, China, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), mengalihkan lokasi pencarian mereka ke kawasan terbhaaru tersebut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) berkata agensi penyiasatan Australia, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah menyemak data itu dan memutuskan maklumat tersebut merupakan petunjuk paling kukuh bagi mengesan kemungkinan serpihan.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Hishammuddin , SAR

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan