Larangan Masuk Sarawak Selaras Peruntukan Perjanjian Malaysia 1963

Diterbitkan: Jumaat, 28 Mac 2014 10:55 PM

Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

(Ubah saiz teks)

PADAWAN: Kerajaan Sarawak tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang ketika menghalang tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada memasuki negeri itu.

Sebaliknya kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan kepada kerajaan negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963.

"Semua pihak sudah sedia maklum mengenai Perjanjian Malaysia 1963. Kerajaan negeri diberi hak mengurus hal ehwal imigresen sendiri dan seterusnya boleh menghalang mana-mana pihak yang dianggap boleh memecah belah perpaduan dan seterusnya membawa ketidakstabilan dari masuk ke negeri ini," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Jabatan Penjara Malaysia (Zon Sarawak), di sini hari ini juga berkata hal itu termaktub dalam Perkara 6 perjanjian berkenaan.

Pada 25 Mac lalu tiga pemimpin PKR iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua dihalang masuk ke Sarawak.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi meminta semua pihak menghormati Perjanjian Malaysia dan tidak membangkitkan lagi perkara itu.

"Kita semua perlu menghormati perjanjian tersebut, tidak menjadikan larangan terhadap pemimpin PKR itu satu kontroversi, tidak mempolitikkan soal undang-undang dan yang pasti hak-hak yang telah diperuntukan kepada Sarawak dihormati" katanya.

Tags / Kata Kunci: Wan Junaidi , PKR , Sarawak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan