Waris Penumpang, Anak Kapal MH370 Boleh Mula Fail Tuntutan Insurans

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Waris kepada penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang kini boleh mula memfailkan tuntutan insurans hayat tanpa perlu menunggu sijil kematian.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Vincent Kwo berkata memandangkan tragedi itu adalah satu keadaan khas, syarikat-syarikat insurans hayat di Malaysia telah bersetuju untuk memberi keutamaan khas dalam memudahkan dan menyegerakan pembayaran tuntutan.

"Sebaik sahaja pihak menuntut yang wajar telah dikenal pasti, bayaran boleh diproses dalam masa seminggu," katanya dalam satu kenyataan akhbar Khamis.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar 40 minit selepas perjalanan.

Terdapat 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat dan di antara mereka adalah 153 warga China, 50 rakyat Malaysia dan tujuh warga Indonesia.

Kwo berkata, beberapa syarikat daripada 14 syarikat di bawah persatuan itu telah mula memproses tuntutan insurans hayat untuk waris penumpang dan anak kapal MH370.

"Memandangkan tragedi ini melibatkan banyak nyawa yang tidak bersalah, ahli LIAM komited untuk menyediakan sokongan dan bantuan terbaik kami kepada ahli-ahli keluarga dalam masa-masa sukar dan penuh emosi," katanya.

LIAM menyatakan takziah kepada ahli keluarga dan rakan-rakan para penumpang dan anak kapal MH370.

Terdahulu, pemeriksaan awal menunjukkan 47 daripada 50 rakyat Malaysia (terdiri daripada 38 penumpang dan 12 anak kapal) mempunyai polisi insurans hayat dengan 14 syarikat insurans hayat di Malaysia, bagaimanapun enam penumpang bukan warga Malaysia juga diinsuranskan dengan ahli-ahli LIAM.

Ahli-ahli keluarga atau waris terdekat pemegang polisi boleh menghubungi LIAM di talian 03-26916628 atau e-mel liaminfo@liam.org.my jika mereka ingin mengetahui tentang syarikat insurans orang yang mereka kasihi.

Ditubuhkan pada tahun 1974, LIAM merupakan persatuan sekerja yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Ia mempunyai seramai 16 orang ahli, di mana 14 daripadanya adalah syarikat-syarikat insurans hayat.

Pada Khamis, dilaporkan bahawa keluarga mereka yang berada di dalam pesawat itu juga boleh mula mendapatkan sijil kematian walaupun mayat tidak dijumpai.

Peguam Gobind Singh Deo berkata sijil kematian boleh dikeluarkan kepada keluarga walaupun mayat-mayat tidak ditemui.
Tags / Kata Kunci: waris , MH370 , insurans

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan