MH370: Hamas Utus Ucapan Takziah - Berita Semasa | mStar

MH370: Hamas Utus Ucapan Takziah

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 7:48 PM

Khaled Meshaal

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin Hamas Khaled Meshaal mengutuskan ucapan takziah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang disahkan hilang di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai negara dijalankan.

Menurut Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), yang memetik laporan Pusat Penerangan Palestin, pengerusi biro politik Hamas itu menelefon Najib pada Rabu petang untuk menyampaikan ucapan takziah beliau.

Dalam perbualan telefon itu, Meshaal turut menyuarakan setiakawan penduduk Palestin kepada keluarga yang sedang berkabung dan menyampaikan takziah mereka kepada rakyat Malaysia yang menurutnya sentiasa menyokong penduduk Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan.

Beliau turut memuji usaha keras kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat itu yang lenyap daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac.

Menurut PCOM, Najib menyatakan beliau menghargai pendirian Meshaal dan membaharui semula sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada paparan radar kira-kira sejam kemudian ketika merentasi Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Najib mengumumkan pada Isnin bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi dengan tiada tempat untuk mendarat.

Tags / Kata Kunci: Hamas , MH370 , MAS
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan