Tahlil Peringkat Negara Dalam Usaha Carian Pesawat MH370 Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masjid Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan majlis bacaan Yasin, al-Quran dan tahlil peringkat negara bagi mendoakan agar pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dipermudahkan.

Masjid negara dalam kenyataan pada Khamis berkata majlis itu akan diadakan hari ini selepas solat Maghrib di dewan solat utama Masjid Negara yang akan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama mendoakan pencarian pesawat itu dipermudahkan berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin bahawa penerbangan MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac. Ia hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian di ruang udara Laut China Selatan.

MH370 sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.
Susulan analisis yang belum pernah diguna pakai sebelum ini, firma satelit dari United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB)
membuat rumusan bahawa Penerbangan MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.

Usaha mencari dan menyelamat masuk hari ke-20, Khamis.
Tags / Kata Kunci: MH370 , tahlil , masjid negara

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan