Satelit Thailand Kesan Objek Bertaburan Di Lautan Hindi - Berita Semasa | mStar

Satelit Thailand Kesan Objek Bertaburan Di Lautan Hindi

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 10:57 PM

Taburan objek yang dikesan satelit Thailand pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Satelit Thailand mengesan imej sebanyak 300 objek terapung di Lautan Hindi Selatan di lokasi pencarian pesawat MH370 dilakukan, kata seorang pegawainya.

Objek dikesan dalam jarak 15 meter bertaburan di kawasan kira-kira 2,700km dari barat daya Perth.

Pengarah Eksekutif Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatic Anond Snidvongs berkata, pihaknya bagaimanapun enggan mengesahkan serpihan itu dari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Beliau berkata, maklumat itu telah disalurkan kepada Malaysia.

"Imej-imej tersebut telah dirakam oleh satelit Thailand pada Isnin tetapi memerlukan masa untuk diproses.

"Objek itu dikesan di kawasan sama satelit Perancis mengesan objek yang terapung dan merupakan kawasan pencarian pesawat MH370," kata Anond.

Thailand sebelum ini dikritik apabila mengambil masa selama seminggu untuk mengumumkan bahawa radar tenteranya telah mengesan objek tidak dikenali di kawasan udaranya.

Tentera Udara Thailand kemudian didakwa tidak melaporkan hal tersebut kerana melihat ia bukan ancaman.

Tags / Kata Kunci: MH370 , Thailand , MAS
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan