500,000 Permohonan Rumah PR1MA Diterima Setakat Ini - Shahidan

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 2:26 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) melihat pelan rumah contoh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ketika hadir pada majlis pelancaran rumah PR1MA peringkat negeri Kedah di Bandar Utama Jalan Sidam Kiri di Sungai Petani Mac lalu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Khamis diberitahu sebanyak 500,000 permohonan untuk memiliki rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diterima sejak pendaftaran dibuka tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kesemua permohonan berkenaan diterima secara dalam talian membabitkan 80,000 unit rumah PR1MA.

"Sebanyak 80,000 unit yang diluluskan peringkat awal kini berada pada pelbagai peringkat termasuk analisa dan perancangan untuk tujuan pembinaan.

"Sekarang ini kita teruskan pelaksanaannya dan masih membuka permohonan secara 'online'. Apabila siap, kita akan menyerahkannya mengikut ketetapan," katanya menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di sini.

Shahidan berkata kerajaan juga akan mengadakan mesyuarat bersama Perbadanan PR1MA Malaysia bagi membincangkan projek fasa kedua yang membabitkan 80,000 unit rumah lagi tahun ini.

"PR1MA bukan sahaja sebagai pelaksana tetapi juga menguruskan permohonan rumah PR1MA. Sekiranya mereka yang layak membeli rumah itu tetapi melanggar peraturan, rundingan semula akan diadakan," katanya.

Kediaman PR1MA ditawarkan kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 dan RM7,500.
Tags / Kata Kunci: PR1MA , Datuk Seri Shahidan Kassim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan