Kerajaan Mahu Penglibatan Nelayan Dalam Pemprosesan Hasil Laut Ditingkatkan - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 2:47 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

MUKAH: Kerajaan mahu penglibatan komuniti nelayan dalam bidang pemprosesan hasil laut dipertingkatkan sebagai satu cara meningkatkan pendapatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini Khamis.

Katanya aktiviti komuniti nelayan kini tidak seharusnya terhad kepada menangkap ikan semata-mata tetapi perlu juga melibatkan kegiatan yang dapat memberi nilai tambah kepada hasil tangkapan mereka.

"Kerajaan mahu membina industri nelayan kerana kita mahu nelayan moden yang ada kebolehan dan kemahiran supaya mereka mempunyai keupayaan bukan sahaja dalam menangkap ikan tetapi dalam memproses hasil tangkapan yang boleh memberikan nilai tambah kepada usaha mereka," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Pemimpin Bersama Komuniti Nelayan sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke-40 Persatuan Nelayan Kawasan Mukah/Oya di sini.

Katanya kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia membantu merealisasikan usaha itu melalui pemberian pinjaman mudah dan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh komuniti berkenaan.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri Sarawak boleh membantu kerajaan persekutuan dalam menyediakan tapak kepada nelayan untuk memulakan industri pemprosesan hasil laut itu.

Dalam pada itu beliau memberi jaminan kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi minyak yang diberikan kepada komuniti nelayan selama ini yang telah banyak membantu kumpulan berkenaan menghadapi peningkatan kos aktiviti mereka.

Menurutnya keperluan komuniti nelayan di negara ini tidak boleh diabaikan memandangkan mereka memainkan peranan penting dalam memastikan rakyat mendapat bekalan makanan dan protein yang mencukupi.

Dalam majlis itu beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM450,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan Mukah/Oya bagi pembelian sebuah kenderaan pacuan empat roda dan mesin pengisar ais.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan