Hotel Di Kuala Lumpur Di Ranking Kelima Termurah Di Dunia

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 10:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kuala Lumpur mempunyai bilik-bilik hotel kelas pertama dengan harga paling berpatutan di dunia (4 atau 4.5 bintang), menurut satu kajian pelancongan antarabangsa.

Menurut Tripindex Room Servive TripAdvisor 2014, ibu negeri Malaysia berada di kedudukan kelima daripada 48 negara, dari segi gabungan harga perkhidmatan bilik dan kadar bilik (RM437.85).

Dari segi kadar bilik, hotel di Kuala Lumpur menduduki tempat keenam termurah di seluruh dunia dengan harga kira-kira RM334.58.

Dari segi barangan berkaitan perkhidmatan bilik, hotel di Kuala Lumpur KL terkeluar daripada sepuluh destinasi berpatutan, dengan harga sekitar RM103.27.

Barang-barang perkhidmatan bilik yang telah disenaraikan dalam 'sebuah bakul barangan' ialah: club sandwich (RM35.01), sebotol air (RM11.21), setin Coca- Cola (RM10.18), sebotol mini vodka (RM18.93), sebungkus kacang tanah (RM9.54) dan sehelai baju yang dibersihkan dengan 'dry-clean' (RM18.40).

Hotel kelas pertama di Jakarta telah disenaraikan sebagai mempunyai kadar gabungan termurah iaitu RM390.92, manakala hotel di bandaraya New York adalah yang paling mahal dengan harga RM1,421.90.

Dari segi barangan perkhidmatan bilik, hotel di Tunis, Tunisia, adalah yang paling murah dengan bakul barangan berharga RM60.65.

Barang-barang yang sama di hotel-hotel di Helsinki menelan kos RM293.07.

Singapura menyaksikan barangan perkhidmatan bilik yang berharga RM205.35, dengan kadar gabungan RM875.54, dua kali ganda berbanding harga hotel Malaysia.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan