MH370 Tidak Halang Cita-Cita Jadi Juruterbang

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 4:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 tidak memberi kesan kepada sekolah penerbangan yang tetap menerima permohonan terutamanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti latihan sebagai juruterbang.

Pengetua pusat latihan penerbangan Asia Pacific Flight Training (APFT), Kapten Mohd Shahrin Abu Hassan berkata sehingga kini permohonan daripada pelajar khususnya lepasan SPM menjalani latihan penerbangan di APFT masih berada di tahap yang tinggi.

"Saya tidak lihat kejadian ini memberi kesan buruk pada industri penerbangan atau menjadi halangan buat pelajar di luar sana mengejar cita-cita mereka di sini," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, insiden yang menimpa pesawat MAS MH370 ini merupakan satu daripada dugaan yang menimpa industri penerbangan negara.

"Kalau kita lihat peratusan kemalangan udara adalah sangat rendah berbanding kemalangan di darat, jadi kita harus bersama-sama mengambil iktibar terhadap kejadian yang jarang berlaku seperti ini.

"Nasihat saya kepada juruterbang pelatih adalah supaya sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran terkini berkaitan industri penerbangan memandangkan teknologi pada hari ini semakin berkembang," kata Mohd Shahrin.

Bagi juruterbang kadet daripada APFT, Julian Noormylizsa Mohd Han, 22, insiden membabitkan MH370 tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar selok belok bidang penerbangan.

"Saya masih bersemangat untuk menerbangkan pesawat kerana ini merupakan kerjaya pilihan saya sejak kecil lagi. Setiap pekerjaan ada risikonya dan kita hanya perlu berserah kepada Allah atas segala ketentuannya," katanya.

Sementara itu Athirah Abdul Rahim, 19, juga juruterbang kadet di APFT berkata, beliau terkejut sebaik mendengar berita kehilangan MH370 dan turut bersedih mengenai pengumuman penerbangan MH370 yang berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagaimanapun, semangat saya tak akan luntur untuk berkhidmat sebagai juruterbang kerana minat yang begitu mendalam tentang kapal terbang," katanya.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac. Ia hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian di ruang udara Laut China Selatan.

MH370 sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama.

Berdasarkan kepada analisis menggunakan data satelit yang dijalankan oleh firma satelit dari United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Tags / Kata Kunci: MH370 , MAS , APFT , SPM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan