11 Pesawat, Lima Kapal Dikerah Di Hari Ke-20 Pencarian MH370

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 1:12 PM

Pesawat Poseidon turut menyertai misi carian, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat Malaysia Airlines kini memasuki hari ke-20 dengan 11 pesawat dan lima kapal dari pelbagai negara dikerah pada Khamis bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200ER itu di perairan berbahaya di selatan Lautan Hindi yang dipercayai lokasi terakhirnya.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam satu kenyataan di sini berkata pencarian dipecahkan kepada dua kawasan dalam zon pencarian yang sama meliputi keluasan 78,000 kilometer persegi.

"Cuaca di kawasan pencarian dijangka merosot lewat hari ini," kata kenyataan itu.

Menurut AMSA, dua pesawat AP-3C Orion Tentera Udara Diraja Australia, sebuah pesawat tentera China Ilyushin IL-76, sebuah jet Gulfstream dan pesawat P-3 Orion milik Jepun serta pesawat tentera Amerika Syarikat P-8 Poseidon menyertai operasi hari ini.

"Lima pesawat awam dijadual berlepas (dari Perth) antara pukul 9.30 dan 11 pagi (sama waktu dengan Malaysia). Sebuah jet Pengawal Pantai Jepun akan berlepas pada pukul 2 petang, manakala sebuah P-8 Poseidon milik Amerika dijadual berlepas pada 4 petang. Sebuah P3 Orion milik Jepun akan menyusul pada 5 petang," kata kenyataan itu.

Kapal tentera laut Australia HMAS Success masih di kawasan pencarian yang berkedudukan kira-kira 2,500 km barat daya Perth itu dan kini disertai empat kapal China iaitu Xue Long, Kunlunshan, Haikou dan Qiandaohu, kata AMSA.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dengan 154 daripadanya warga China, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lepas ketika ke Beijing.


Operasi pencarian membabitkan pelbagai negara dilakukan di Laut China Selatan sebelum diperluas ke kawasan daratan dan laut di barat Semenanjung Malaysia termasuk Lautan Hindi, selepas penemuan menunjukkan pesawat itu mengubah haluan jauh daripada laluan asal.

Berdasarkan kaedah analisis yang tidak pernah dilakukan sebelum ini menggunakan data satelit Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), pesawat itu dirumuskan terbang di sepanjang laluan koridor selatan dan kedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.

Bersandarkan maklumat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin malam mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Tags / Kata Kunci: MH370 , Lautan Hindi , Perth

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan