Wartawan CNN Pertahan Kerajaan Malaysia Kendali Krisis

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wartawan penerbangan CNN, Richard Quest mempertahankan kerajaan Malaysia yang mengendalikan kes MH370, dan memanggil insiden itu sebagai sesuatu yang 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.

Dalam tweet di akaunnya @RichardQuest , penyampai berita itu menyatakan beberapa kesilapan telah dibuat dalam keadaan-keadaan unik.

"Kesilapan pasti telah dibuat dalam penyiasatan #MH370 oleh rakyat Malaysia TETAPI kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini," beliau menulis di Twitter.

"Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Agensi Penerbangan Persekutuan, Biro d' Enquêtes et d' Analyses, Biro Siasatan Kemalangan Udara, adalah bertauliah dan mengambil bahagian.

"Adalah bodoh untuk mencadangkan bahawa hanya negara-negara dunia pertama yang perlu menyiasat. Lebih buruk, ia adalah salah.

"Rakyat Malaysia berada dalam satu keadaan yang unik," tulis pakar penerbangan itu.

Quest menambah setakat ini 'tidak ada orang dalam fikiran mereka' dalam pesawat yang hilang yang dijangka membuat penerbangan ke arah yang bertentangan 'tanpa sebarang radar atau amaran'.

"Rakyat Malaysia akan dikutuk jika mereka mengeluarkan maklumat dan juga dikutuk jika mereka tidak melakukannya, " katanya.

"Adalah tidak masuk akal untuk berpura-pura mengenai penyiasatan ini. Persoalan besar ialah bagaimana tentera Malaysia terlepas apabila ia berpatah balik melalui negaranya.
Tags / Kata Kunci: Richard Quest , CNN , MH370

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan